Sunday, June 26, 2011

siapa yg peduli

 dulu aku suka
sangat update blog. semua aku update, apa yang aku buat,
tapi tu dulu, aku dah tak anggap blog aku sebagai diary,
even aku memang suka mencatat apa yang aku buat
untuk hari ini, tapi, aku dah tak buat lagi.


aku tak nak ingat apa yang telah berlaku,
dan taknak ingat lagi apa yang berlalu,
hidup aku dah banyak berubah,
dan kaki aku dah terlalu jauh untuk melangkah.


yang pasti, aku bukan lagi yang terutama,
bukan sebab dan alasan untuk aku berdiri,
tidak menjadi alasan untuk aku bangun di pagi hari,
kini, semua menjadi milik ku sendiri.


aneh bukan, perasaan mampu membentuk seseorang?
mengubah personaliti, membina identiti,
dari seorang yang amat manja, menjadi
si batu bata hati, sangat sukar untuk didapati.


hari tu, abang ada inbox aku, well, aku anggap dia
seorang abang, dia bgthu aku, adek, abang frust.
aku tanya, kenapa boleh frust ? ada couple ke dia ni?
gaya macam takde jer..
well, aku telah menilai dia dengan senyuman
yang sentiasa dia beri, dengan tawa bahagia,
palsu, senyuman plastik.


lantas kami berbicara,
abang masih sayangkan orang yang telah lama pergi
dari hidup abang, dan kini, dia ingin kembali,
permintaan menjadi rakan dia utarakan pada diri,
dan aku menjadi marah, sensitif dan benci,


kenapa orang yang pergi meninggalkan kita,
memecah kan hati kita, sesuka hati keluar masuk
dalam hidup kita abang?


tidak kah abang berfikir, kenapa dia sesuka hati
melayan abang, baik dan buruknya , abang masih mahu terima?
kenapa abang tidak mencuba mencari yang baru sahaja?
kalau masih sayang juga, kenapa harus melayan ?
kenapa lebih suka menyakitkan hati diri untuk orang
yang tidak menyayangi diri ini?
kenapa abang?


abang yang berusia 23 tahun, hanya mendiamkan diri.
adik yang berusia 21tahun tidak berhenti mencaci,
betapa bodoh nya si peluka hati, sial kau, pergilah mati.


pergi kau pergi, jangan cuba kembali.
nyah kau mati, setan bukan kau peduli.

syukurla,si cinta hati ku .
tak pernah membutakan hatiku.
dia tidak tahu apa erti guris hati.
sgt beruntung aku sampai tahap ini.


No comments: