Sunday, July 17, 2011

wah satu lagy kuih peberet !

Photobucket


Dari kecik sampai besar, memang kuih ni kitorang adik-beradik suka makan. Tak pernah jemu. Mak kitorang sekali buat, banyak. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. Rasa nak makan jer, keluarkan, pastu goreng. Kalo kat Ganu, orang Ganu panggil kuih dadar berlauk ni sebagai 'ghopa'. Korang jangan le tanya nape orang panggil gitu sebab aku sendiri pun tak tahu. 
Kuih dadar berlauk

Bahan untuk batter:
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
sedikit garam dan lada sulah

Cara:
1. Satukan semua bahan ke dalam food processor atau blender. Putar sampai sebati.
2. Tapiskan ke dalam satu mangkuk. Biar seketika lebih kurang 10 minit sebelum digunakan.

Bahan untuk inti:
600 g daging (apa-apa daging pun boleh-yang paling best daging lombu ler...)- didadu kurang 1 cm²)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar rempah kurma
1 batang cili merah
2 sudu sos tomato
3 susu susu cair/susu segar
Sedikit air
5-6 biji ubi kentang- dikupas kulit dan dipotong dadu (1cm²)
5-6 biji bawang besar- dipotong dadu (1 cm²)
garam dan gula(manisan) secukup rasa

Cara:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama-sama dengan lada hitam, cili boh, rempah kurma dan cili merah hingga lumat. Perapkan daging bersama rempah yang dikisar tadi dan kulit kayu manis, cengkih dan pelaga. Perap lebih kurang sejam.
  2. Selepas sejam, panaskan kuali. Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan daging yang diperap tadi. Kacau hingga rata. Tutupkan kuali.
  3. Kemudian, masukkan air, sos tomato, susu, garam dan gula. Gaul seketika. Biar hingga daging separuh empuk atau hampir empuk. Kacau sekali sekala.
  4. Bila daging sudah hampir empuk dan air separuh kering, masukkan ubi kentang. Gaul sebati. Masak hingga kentang dan daging empuk sepenuhnya. Rasakan. Tambah apa-apa yang patut jika kurang. Kemudian, masukkan bawang besar dadu. Gaul hingga bawang besar tadi layu. Tutup api. Sejukkan.







Cara untuk membuat kuih dadar berlauk:

  1. Dadarkan bancuhan tepung tadi dengan menggunakan non-stick pan. Sebelum tu lengserkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Tutup permukaan pan hingga dadar masak.
  2. Letakkan inti daging tadi. Gulung atau lipat kemas-kemas. Ulang langkah 1 dan 2 ini sampai habis.
  3. Goreng sekali lagi kuih dadar yang sudah siap digulung hingga garing. Guna sedikit minyak dan goreng di dalam non-stick pan. Siap.




No comments: