Friday, April 13, 2012

tandas ko dan tndas ku



assalamualaikum ahli tanganpunyakerja semua :)
aku mula hidup berdikari kononnya masa tingkatan satu sebab aku masuk asrama. bila dah masuk asrama, secara automatik aku terpaksa berkongsi banyak fasiliti dengan beratus ratus pelajar yang lain dan salah satunya ialah jamban. atau yeah, bahasa yang lebih lembut - tandas. atau rest room. atau bilik kecil. atau apa2 saja yang korang rasa nak panggil.

sepanjang 2 tahun hidup di asrama dengan berkongsi tandas ( masuk universiti tahun kedua ni), macam2 ragam manusia aku jumpa yang mana agak mengganggu ketenteraman dan ketenangan jiwa aku. aku bet korang pun pernah alami benda2 macam ni jugak. antaranya :


membasuh pakaian di dalam shower room
aku tak kisah sangat kalau ada budak main cop2 shower room tapi lambat masuk. aku still boleh ambik masa tu untuk menyelit sekejap mandi. tapi aku cukup pantang kalau ada orang membasuh dalam shower room. bilik mencuci kan ada. bilik tu memang dibina khusus untuk para pelajar membasuh pakaian. ni tak, menyusahkan orang lain yang nak mandi dengan menunggu lama. kadang2 aku dah la lewat nak pergi kelas, makan, dating (ehem). sangat geram. grr. owh, aku geram jugak dengan orang yang dah siap mandi, tapi take time gila nak pakai baju. arhh. kita kena bergerak pantasssss


buat bising dalam jamban
korang tau tak yang tak semua orang boleh fokus membuang dalam keadaan bising dan salah seorang manusia tu adalah aku. aku tak boleh bayang orang yang membuang siap nyanyi2. dan korang tau tak yang bercakap ketika membuang membuatkan kita bebal? serius. aku lagi prefer pergi tandas makmal yang jauh gila sebab lebih tenang. dan 100x lagi bersih+wangey! (err aku je ke yang amalkan masuk tandas tutup kepala? korang buat tak?? *lukisan hanya imaginasi, jangan pikir bukan2)


tinggalkan sisa makanan dalam sinki
erhh, ni tak bertanggungjawab gila. basuh pinggan mangkuk, sisa makanan biar je dalam sinki. nanti busuk, geli. aku dah tulis peringatan atas kertas besar gila pun tak jalan. aku bukan apa, aku kesian dekat mak cik cleaner yang kena bersihkan nanti. lagi, aku nak berus gigi dekat mana. bau tak payah cakap la. serius, golongan ni memang tak bertanggungjawab dan bertimbang rasa.


hidu sama-sama
pernah tak ada orang berak, bau gempak gila, lepastu korang terpaksa bau sama2? erhh, selalu kot jadi dekat aku. malang gila. tak tau nak explain macam mana. *menangis


belajar tinggi2, flush tandas pun tak pandai
...aku buat entry ni sebab benda ni lah.... aaa.. rasa nak terkeluar balik dinner aku tadi. aku masuk2 tandas, terletak elok seketul besar dekat mangkuk tandas. kelabu - tu yang aku ingat. banyak kali sangat terjadi kepada diriku. mengapa?? mengapa?? susah sangat ke nak tarik flush tu?? berat sangat ke? jawab la wey, tolong la jawab *trauma


p/s : semua benda aku tengok skang dibayangi taik tadi. macam mana nak hilangkan \(T^T)/

2 comments:

Nadia said...

xsuka kan bila jadi gini..:(

hari ni nad buat blogwalking besar2an.. xtahu la knal nad lagi ke x..:D

http://www.nornadiah.com/2012/04/jom-blogwalking-part-1.html

chui ™ said...

tq